SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK

SINOPSIS

Program Sijil Teknologi Elektrik direkabentuk bertujuan memperkenalkan pelajar kepada teknologi elektrik pada masa kini. Pelajar akan memperoleh pengetahuan dan latihan kemahiran berkaitan elektrik dan elektronik. Pelajar berkemampuan untuk mengendalikan kerja-kerja pemasangan dan perkhidmatan berkaitan industri elektrik dan elektronik.

Program ini menawarkan kursus teras Litar Elektrik, Alat Pengukuran, Peranti Semikonduktor, Sistem Digit, Lukisan Terbantu Komputer, Motor Elektrik Satu Fasa,Pemasangan Elektrik Satu Fasa, Motor Elektrik Tiga Fasa, Pemasangan Elektrik Tiga Fasa,Pengawal Logik Boleh Aturcara, Sistem Automasi Bangunan, serta kursus Sistem Keselamatan dan Penyamanan Udara. Selain itu, kursus Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan juga ditawarkan sebagai teras umum selain Matematik dan Sains.

Pelajar juga akan didedahkan dengan elemen soft skills melalui kursus wajib yang menerapkan kemahiran insaniah dan pembelajaran kendiri melalui tugasan serta projek. Di samping itu, lulusan daripada program ini juga akan mempelajari teknousahawan sebagai nilai tambah bagi menyahut cabaran dunia sebenar keusahawanan dalam bidang elektrik dan elektronik.

MATLAMAT PROGRAM

Program ini percaya bahawa semua individu berpotensi menjadi juruteknik yang berkebolehan dan dapat menyesuaikan diri untuk menyokong aspirasi negara dalam menyediakan tenaga kerja teknologi elektrik dan elektronik.

OBJEKTIF PROGRAM/ PROGRAMME EDUCATIONAL OBJECTIVE (PEO)

PEO 1: Menjadi juruteknik dalam bidang elektrik dan elektronik selari dengan keperluan semasa dan hasrat negara

PEO 2: Melibatkan diri secara berterusan dalam aktiviti peningkatan pengetahuan, kemahiran dan kerjaya secara dinamik

PEO 3: Memberi sumbangan kepada masyarakat dengan penuh tanggungjawab serta beretika

PEO 4: Melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan keusahawanan atau aktiviti bercirikan inovatif

HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM/ PROGRAMME LEARNING OUTCOMES (PLO)

PLO1: Memiliki pengetahuan asas teknologi berkaitan prosedur dan amalan rutin kerja berkaitan elektrik dan elektronik.
           Possess basic knowledge of technology fundamentals on routine procedures and practices in electrical and electronic-related works.

PLO2: Mengaplikasi penggunaan peralatan dan teknik terkini dalam menyelesaikan masalah rutin.
           Propose and employ current tools and techniques to resolve routine problems.

PLO3: Menjalankan penyiasatan asas dan kebolehan berfikir yang signifikan untuk  menyelesaikan masalah rutin kerja berkaitan elektrik dan elektronik.
           Establish basic investigative and significant thinking abilities to resolve routine problems in electrical and electronic-related works.

PLO4: Menerangkan tugasan mudah di dalam situasi amalan biasa dan keperluan segera menerusi komunikasi.
           Communicate and describe simple tasks within familiar areas and the immediate needs.

PLO5: Menunjukkan kefahaman terhadap isu-isu kemasyarakatan dan tanggungjawab berkaitan dengan amalan rutin teknologi.
           Illustrate the understanding of the issues related to the society and the subsequent responsibilities appropriate to the routine technology practices.

PLO6: Mengenal pasti keperluan pembangunan kerjaya dan penglibatan dengan pembelajaran sepanjang hayat.
           Acknowledge the requirement of career establishment and to employ continuing learning.

PLO7: Menunjukkan kesedaran terhadap pengurusan dan teknousahawan daripada perspektif sebenar.
           Illustrate a consciousness of management and technopreneurial routine from a real perspective.

PLO8: Menzahirkan kesedaran berkaitan etika dan profesionalisme. 
           Illustrate ethical awareness and professionalism.

PLO9: Menunjukkan ciri-ciri kepimpinan serta kecekapan berkerja dalam pasukan teknikal.
           Illustrate leadership character and work efficiently in a technical team.

PROSPEK KERJAYA