Unit Teknologi Maklumat (STM) memberi fokus kepada pembangunan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknologi maklumat. Pelajar didedahkan kepada aspek komputer, rangkaian, pangkalan data, internet of things, sistem, aplikasi dan teknologi digital bagi membentuk kemahiran yang relevan dengan keperluan industri serta perkembangan teknologi semasa.