SIJIL TEKNOLOGI SENIBINA

SINOPSIS

Program Sijil Teknologi Senibina adalah salah satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam bidang teknologi senibina. Kemahiran menggunakan perisian Computer Aided Design and Drafting (CADD) dan Building Information Modelling (BIM) akan didedahkan kepada pelajar selari dengan keperluan industri masa kini. Melalui pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi itu nanti akan dapat menyediakan pelajar ke alam pekerjaan. Program ini akan meningkatkan diri dari segi teknikal, kemahiran kendiri dan meluaskan set minda selari dengan komunikasi berkesan dan penyelesaian masalah dalam bidang senibina.

MATLAMAT PROGRAM

Program Sijil Teknologi Senibina percaya setiap individu berpotensi sebagai pakar bidang teknologi senibina yang profesional dan usahawan berjaya bagi menyokong dasar kerajaan dalam melahirkan tenaga mahir negara untuk bekerja secara profesional seterusnya memperkasakan industri ke peringkat antarabangsa.

OBJEKTIF PROGRAM (OP) / PROGRAMME EDUCATIONAL OBJECTIVES (PEO)

Program Sijil Teknologi Senibina akan melahirkan tenaga kerja yang:

PEO 1 : mampu untuk mengaplikasikan pengetahuan secara kreatif dan inovatif serta mampu menganalisa, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah secara signifikan dalam kerja-kerja teknologi senibina.

PEO 2 : berkebolehan untuk menunjukkan kemahiran teknikal dengan menggunakan teknologi digital yang menepati kehendak industri semasa sebagai pemudah cara dalam kerja-kerja teknologi senibina.

PEO 3 : berkebolehan untuk menunjukkan kemahiran berkomunikasi secara efektif, bertanggungjawab dalam tugas secara individu atau berpasukan serta boleh memberi panduan kepada masyarakat dalam menyelesaikan masalah berkaitan.

PEO 4 : mampu untuk mengamalkan etika dan profesionalisme, mempunyai kemahiran keusahawanan serta pengurusan dalam pembelajaran sepanjang hayat untuk perkembangan kerjaya.

HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (HPP) / PROGRAMME LEARNING OUTCOME (PLO)

PLO1 : memiliki pengetahuan asas teknologi berkaitan prosedur dan amalan rutin kerja dalam bidang teknologi senibina.
            possesses technology fundamentals basic knowledge on routine procedures and practices in the field of architectural technology.

PLO2 : mengaplikasi penggunaan peralatan dan teknik terkini dalam menyelesaikan masalah rutin.
            Proposes and employs current tools and techniques to resolve routine problems.

PLO3 : menjalankan penyiasatan asas dan kebolehan berfikir yang signifikan untuk menyelesaikan masalah rutin kerja dalam bidang teknologi senibina.
            establishes basic investigative and significant thinking abilities to resolve routine problems in the field of architectural technology.

PLO4 : menerangkan tugasan mudah di dalam situasi amalan biasa dan keperluan segera menerusi komunikasi.
            communicates and describes simple tasks within familiar areas and the immediate needs.

PLO5 : menunjukkan kefahaman terhadap isu-isu kemasyarakatan dan tanggungjawab berkaitan dengan amalan rutin teknologi.
            illustrates the understanding of issues related to society and the subsequent responsibilities appropriate to the routine technology practices.

PLO6 : mengenal pasti keperluan pembangunan kerjaya dan penglibatan dengan pembelajaran sepanjang hayat.
            acknowledge the requirement of career establishment and to employ continuing learning.

PLO7 : menunjukkan kesedaran terhadap pengurusan dan teknousahawanan daripada perspektif sebenar.
            illustrate a consciousness of management and technopreneurial routine from a real perspective.

PLO8 : menzahirkan kesedaran berkaitan etika dan profesionalisme.
            illustrate ethical awareness and professionalism.

PLO9 : menunjukkan ciri-ciri kepimpinan dan kecekapan bekerja dalam pasukan teknikal.
            illustrate leadership character and work efficiently in a technical team.

PROSPEK KERJAYA