PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

SINOPIS

Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) di bawah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) bertujuan menyediakan akses pendidikan berterusan kepada semua lapisan masyarakat. Inisiatif ini membantu individu meningkatkan kemahiran dan pengetahuan sepanjang hayat mereka, sesuai dengan keperluan pasaran kerja dan pembangunan diri.

PENGUKUHAN BAKAT KOMUNITI

Program Pengukuhan Bakat Komuniti yang akan dilaksanakan di bawah Pembelajaran Sepanjang Hayat merupakan satu inisiatif di bawah peruntukan Perbelanjaan Mengurus Dasar Sedia Ada. Pelaksanaan program ini bertumpu kepada penyediaan latihan kemahiran TVET dan keusahawanan dengan penerapan elemen teknologi digital serta pendedahan kepada Kecerdasan Buatan (AI) yang berupaya membantu komuniti tumpuan yang terdiri daripada golongan rentan seperti OKU, Orang Asli, ibu tunggal dan warga emas untuk meningkatkan kemahiran dan sosio ekonomi. 

PEMBANGUNAN KEMAHIRAN PSH KOMUNITI - PKTP

JPPKK merupakan perintis program Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) sejak pelancaran pada tahun 2014. Salah satu aspirasi PISH ialah penawaran program latihan kemahiran TVET kepada pelajar institusi tahfiz dan pondok. Program ini merupakan salah satu inisiatif menyokong Pelan Induk Pendidikan Islam Sepanjang Hayat 2017-2025 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Pengajian Tinggi (PPPM PT) 2015-2025 (Lonjakan 3). 

IPT KOMUNITI@TVET TAHFIZ

Berdasarkan Ucapan Belanjawan 2025 bertemakan ‘Membugar Ekonomi, Menjana Perubahan, Mensejahtera Rakyat’ yang mana salah satu inisiatif yang dinyatakan ialah  mengupayakan  anak-anak huffaz dari institusi tahfiz dan pondok dengan latihan kemahiran kepada Giat MARA dan Kolej Komuniti bagi tempoh lima (5) tahun dengan peruntukan sebanyak RM55,000,000.00

KURSUS PENDEK

Pelbagai kursus praktikal dan relevan disediakan untuk memenuhi keperluan individu, komuniti serta industri. Sama ada untuk peningkatan kemahiran, pembangunan kerjaya atau pembelajaran sepanjang hayat, kursus kami direka untuk memberikan pengalaman pembelajaran yang fleksibel, praktikal dan berimpak. Penawaran kursus pendek harian ditawarkan setiap bulan.

IKUTI KAMI

📲 Ikuti media sosial kami sekarang dan pastikan anda tidak terlepas sebarang tawaran kursus menarik daripada Kolej Komuniti Bandar Darulaman (KKBDA).