Unit Teknologi Senibina (STS) memberi penekanan kepada bidang teknologi dan lukisan senibina serta aplikasi berkaitan industri pembinaan. Pelajar didedahkan kepada kemahiran teknikal, penggunaan teknologi digital dan proses menghasilkan lukisan serta dokumentasi yang berkaitan dengan bidang senibina.