KOLEJ KOMUNITI BANDAR DARULAMAN
Mula beroperasi pada 1 Jun 2001
Kampus sementara di POLIMAS dan berpindah ke kampus tetap pada tahun 2002.
Kolej Komuniti Bandar Darulaman merupakan salah satu daripada 10 buah Kolej Komuniti rintis.
Bangunan utama KKBDA merupakan rumah kedai 12 pintu yang pada awalnya dirancang untuk menempatkan 4 program iaitu:-
Program Sijil Teknologi Elektrik -(Pemasangan dan Perkhidmatan) – STE
Program Sijil Sistem Komputer dan Sokongan – SKS
Program Sijil Automotif – SAU
Program Sijil Pelukis Pelan Senibina – SPS
Tujuan asal penubuhan ialah memberikan latihan kepada lepasan SPM dan komuniti setempat.
KOLEJ KOMUNITI BANDAR DARULAMAN (CAWANGAN JERLUN)
Mula beroperasi pada April 2018
Bangunan utama KKBDACJ merupakan rumah kedai 6 pintu yang dirancang untuk menempatkan 1 program iaitu:-
Sijil Teknologi Senibina (STS)
Selain itu, KKBDACJ juga memberikan latihan kemahiran melalui Pembelajaran Sepanjang Hayat (kursus Pendek) kepada komuniti setempat.